Khamis, 21 April 2016

Khamis, April 21, 2016
Hakim Bantu Bayar Denda Untuk Pesalah | Seorang hakim menawarkan untuk membayar denda mahkamah bagi seorang remaja yang bersalah menikam pelaku pedofilia kerana menderanya ketika kanak-kanak.

Hakim Bantu Bayar Denda Untuk Pesalah

Hakim Jonathan Durham membuat penawaran demikian selepas dia sendiri menjatuhkan hukuman denda terhadap gadis berusia 15 tahun itu.

Pesalah itu dihadapkan ke sebuah mahkamah di United Kingdom selepas menikam seorang wanita berusia 56 tahun yang melakukan penderaan se-ksual ke atasnya.

Gadis tersebut melakukan kesalahan berkenaan apabila tidak tahan menjadi mangsa deraan seksual sejak berusia lapan tahun.

Hakim turut melahirkan kekecewaan dengan sistem keadilan yang gagal membantu mangsa.

"Menjadi satu penghinaan jika mahkamah manghantar kamu ke penjara," kata Hakim Durham.

Beliau turut menyatakan bahawa mahkamah akan memusnahkan hidup pesalah jika menghantarnya ke penjara.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2016/04/20/hakim-bayar-denda/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.