Selasa, 19 April 2016

Selasa, April 19, 2016
Histeria Mula Merebak Ke 3 Sekolah Lain | Belum reda kejadian histeria yang melanda Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, lebih 30 pelajar perempuan termasuk seorang guru wanita dari tiga buah sekolah lain di bandar ini pula dilaporkan diserang histeria.

Histeria Mula Merebak Ke 3 Sekolah Lain

Dalam kejadian kelmarin, tiga buah sekolah terbabit ialah SMK Pengkalan Chepa 1 membabitkan lima pelajar perempuan, SMK Kemumin melibatkan 20 pelajar dan SMK Kubang Kerian 3 seramai lapan orang termasuk seorang guru.

Pihak sekolah mengambil langkah pantas dengan menghantar pelajar terbabit pulang ke rumah lebih awal bagi mengelakkan serangan itu berjangkit kepada pelajar lain.

Seorang pelajar tingkatan lima SMK Pengkalan Chepa 1, yang ingin dikenali sebagai Fatin berkata, salah seorang daripada lima pelajar tingkatan satu tersebut mendakwa melihat satu lembaga hitam di tandas.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.