Ahad, 17 April 2016

Ahad, April 17, 2016
Ibu Dan Anak Curi Nescafe Di Tahan | Kegiatan dua beranak mencuri 17 peket Nescafe terbongkar apabila perbuatan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebuah pasar raya di sini, semalam.

Ibu Dan Anak Curi Nescafe Di Tahan

Ketua Polis daerah, Superintenden Ng Kong Soon (gambar) berkata, perbuatan kedua-dua wanita berusia 56 dan 22 tahun itu disedari oleh penyelia pasar raya tersebut pada pukul 2.30 petang.

Menurutnya, dua beranak yang beralamat di Sungai Jawi, Pulau Pinang itu melakukan perbuatan berkenaan pada pukul 1.45 petang.

“Semasa penyelia itu melakukan pemeriksaan, dia mendapati sebanyak 17 peket Nescafe telah hilang. Lelaki itu kemudiannya memaklumkan kepada ketua jabatannya sebelum membuat semakan menerusi CCTV.

“Rakaman CCTV menunjukkan dua beranak yang menaiki kereta Perodua Kelisa itu telah mengambil beberapa peket Nescafe dari rak jualan di pasar raya tersebut,” katanya.

Kong Soon memberitahu, polis berjaya mengesan dua beranak itu melalui nombor pendaftaran kenderaan yang dinaiki sebelum menghubungi mereka dan meminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar.

Ujarnya, wanita tersebut hadir bersama suami dan anak perempuannya serta kesemua barang yang dicuri bernilai RM375.

“Siasatan awal mendapati dua beranak itu dalam perjalanan dari Sungai Jawi, Pulau Pinang menghala ke rumah ahli keluarga mereka di Lumut sebelum singgah di pasar raya berkenaan.

“Berdasarkan pengakuan, kedua-dua suspek memberitahu melakukan jenayah curi itu kerana tidak cukup wang untuk menampung belanja harian suspek berusia 22 tahun yang sedang menuntut di sebuah universiti di Shah Alam,” katanya.

Kong Soon menjelaskan, suspek pertama mencuri barang tersebut dengan cara menyorok tiga peket Nescafe di ketiak yang dilindungi tudung labuh manakala peket yang selebihnya disorok anak perempuannya di dalam beg tangan.

“Kedua beranak itu direman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan,” tambahnya.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/2-beranak-ditahan-curi-nescafe-dirakam-cctv-1.273225


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.