Isnin, 11 April 2016

Isnin, April 11, 2016
Kisah Pilot Rayani Air Mogok Hanya Rekaan Pengurusan? : Tindakan pengurusan Rayani Air yang menggantung operasinya berkuat kuasa serta-merta Jumaat lalu tanpa notis awal dipersoalkan kakitangan syarikat pe­nerbangan patuh syariah itu.

Kisah Pilot Rayani Air Mogok Hanya Rekaan Pengurusan?

Kakitangan syarikat tersebut juga mendakwa, tiada kakita­ngan baik juruterbang sehingga ke bahagian operasi Rayani Air melancarkan mogok sehingga menjejaskan operasi syarikat itu seperti yang didakwa pemiliknya, A. Ravi.

Seorang kakitangan berkata, kesemua juruterbang syarikat tersebut seramai enam orang, dua pembantu juruterbang serta lapan juruterbang kadet sehingga kini berada di dalam keadaan stand-by dan tidak berlaku mogok seperti yang didakwa oleh Ravi.

Jelasnya, pada Jumaat lalu pihak pengurusan syarikat sebenarnya telah menghantar e-mel kepada semua ketua jabatan yang memaklumkan bahawa syarikat menggantung operasi berkuat kuasa serta-merta.

“Keputusan tersebut dibuat sendiri oleh pengurusan tertinggi tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada kakitangan ataupun Jabatan Penerbangan Awam (DCA) serta Kementerian Pengangkutan.

“Bagaimana nak terbangkan pesawat apabila syarikat sendiri yang menggantung operasi. Tiada mogok berlaku dan tiada siapa yang sabotaj syarikat seperti yang didakwa Ravi,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurut kakitangan tersebut, Ravi perlu mengambil tanggungjawab dengan tidak melarikan diri dan menjelaskan kepada semua pihak apa sebenarnya yang telah berlaku kepada syarikat tersebut.

“Dia sepatutnya berjumpa dulu dengan kakitangan sebelum membuat apa-apa keputusan, kami cabar dia tampil secara bersemuka dengan pekerja di depan pihak media untuk jelaskan apa yang berlaku,” jelasnya.

Dalam pada itu, seorang lagi kakitangan Rayani Air berkata, sehingga kini gaji bulan Mac yang sepatutnya dibayar kepada semua kakitangan pada 28 Mac lalu masih tertunggak.

“Bayangkan pihak syarikat berjanji ingin membayar gaji pekerja pada 28 Mac, kemudian dia kata akan bayar pada 1 April, berlarutan pula ke 5 April dan 7 April namun sehingga kini janji tinggal janji,” jelasnya.

Tambahnya, pekerja di bahagian operasi masih menjalankan tugas seperti biasa dan akan ke pejabat esok bagi membantu pelanggan Rayani Air yang berdepan masalah ekoran penggantungan operasi syarikat.

sumber
http://m.utusan.com.my/berita/nasional/cerita-mogok-hanya-rekaan-pengurusan-rayani-air-1.239875


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.