Selasa, 19 April 2016

Selasa, April 19, 2016
Mael XPDC Tak Mengaku Miliki Dadah | Vokalis kumpulan rock popular XPDC, Mael dihadapkan di Mahkamah Majistret semalam bersama tiga rakannya atas dua tuduhan memiliki dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines pada Mac lalu.

Mael XPDC Tak Mengaku Miliki Dadah

Mael,48, dan dua rakannya, Hafiszudin Mokhtar, 31, serta Razali Shapie, 43, bagaimanapun, tidak mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.

Seorang lagi rakan Mael, Chairil Anwar Yaacob, 29, yang menghadapi tuduhan sama mengaku salah terhadap kedua-dua pertuduhan terbabit.

Mengikut pertuduhan pertama, Mael bersama tiga tertuduh tersebut didakwa memiliki dadah jenis heroin dengan anggaran berat 0.46 gram di sebuah rumah beralamat RS 38, Jalan Kim Kee, Muar pada pukul 4 petang, 7 Mac lalu.

sumber
http://www.kosmo.com.my/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.