Selasa, 19 April 2016

Selasa, April 19, 2016
Mak Nyah Jutawan Akhirnya Bertaubat | Selepas lima tahun hidup sebagai seorang mak nyah dengan penampilan persis seorang wanita, mak nyah jutawan kosmetik WisPutih akhirnya terbuka pintu hati untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan menjadi lelaki sejati.

Mak Nyah Jutawan Akhirnya Bertaubat

Kisah Safiuddin Ilias, 22, atau terkenal dengan nama gelarannya Sofea Putih atau Safiey mula menjadi viral di laman sosial sejak beberapa hari lalu selepas status di laman Facebooknya turut dikongsi oleh seorang pendakwah bebas terkemuka, Ali Rusia.

Antara coretan yang ditulis di laman Facebooknya, Safiey meluahkan isi hatinya kepada pembantu perubatan peribadinya, Aery Yana mengenai hasratnya untuk berubah menjadi seorang lelaki.

Status tersebut mendapat reaksi yang positif daripada rakan-rakannya di laman media sosial dan ramai yang menyokong tindakan tersebut walaupun ada sesetengah pengguna laman sosial yang menyifatkan tindakan Safiey berbuat demikian demi untuk melariskan perniagaannya.

Berkongsi lanjut perkara itu, Safiey berkata, langkah pertama ke arah menyucikan dosanya itu, anak kelahiran Felda Lakum, Lancang, Pahang itu bertekad untuk menjalani prosedur pembedahan mengeluarkan implan payudara yang dimilikinya sejak berusia 19 tahun.


sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0419&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.