Khamis, 7 April 2016

Khamis, April 07, 2016
Mayat Bayi Ditemui Dekat Pagar Klinik | Bau busuk di hujung pagar klinik di Pengkalan Chepa membawa kepada penemuan mayat seorang bayi perempuan kira-kira jam 12.30 tengah hari, semalam.

Mayat Bayi Ditemui Dekat Pagar Klinik

Mayat terbabit ditemui dua pekerja klinik‎ di kawasan terbabit yang dibalut dengan baju sejuk dalam keadaan sempurna dan masih bertali pusat.

Dipercayai mayat berkenaan diletakkan pada malam kelmarin berdasarkan keadaan mayat terbabit yang sudah berbau.

Pihak forensik telah‎ dimaklumkan untuk siasatan lanjut berhubung penemuan mayat itu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Baharom Abu mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya siasatan masih dijalankan untuk tindakan lanjut.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/jumpa-mayat-bayi-dekat-pagar-klinik-1.506984


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.