Selasa, 19 April 2016

Selasa, April 19, 2016
Murid Perempuan Tahun 1 Maut Di Patuk Ular : Seorang murid perempuan Tahun Satu meninggal dunia dipercayai dipatuk ular, dalam kejadian di perkarangan Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Hashim 1, hari ini.


Dalam kejadian jam 10.30 pagi, mangsa, Nuri Nadirah Ruslan, dikatakan sedang bermain bersama rakannya ketika waktu rehat sebelum menjerit kesakitan.

Mangsa kemudiannya berlari masuk ke dalam kelas sebelum pengsan.

Pihak sekolah terus membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa sebelum disahkan mangsa meninggal dunia.

Murid Perempuan Tahun 1 Maut Di Patuk Ular

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat.

Mangsa dipercayai dipatuk ular di bahagian betis kiri.

Ibu mangsa, Wan Nor Izzatul Azwana Wan Mohamad, 28, berkata ketika kejadian dia berada di tempat kerja, sebelum dimaklumkan kejadian itu oleh pihak sekolah.

Katanya, beliau bergegas ke Klinik Kesihatan dan ketika itu anak sulungnya sudah tidak sedarkan diri.

via
http://www.bharian.com.my/node/145320?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.