Rabu, 20 April 2016

Rabu, April 20, 2016
Murid Tahun 2 Di Patuk Ular : Seorang murid perempuan Tahun Dua pengsan disyaki akibat dipatuk ular di Sekolah Kebangsaan (SK) Chembong di Rembau, pagi tadi.

Murid Tahun 2 Di Patuk Ular

Dalam kejadian itu kira-kira jam 10 pagi, mangsa dikatakan terjatuh ketika bermain di padang sekolah berkenaan, sebelum tidak sedarkan diri dengan beberapa rakannya mendakwa mereka ternampak ular berhampiran lokasi mangsa rebah.

Mangsa kemudiannya  dihantar ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), untuk rawatan lanjut.

"Buat masa ini kita difahamkan doktor masih menjalankan pemeriksaan lanjut terhadapnya. Dia berada dalam keadaan sedar dan stabil.

"Kita juga difahamkan doktor mengesan kesan gigitan atau patukan pada bahagian kaki, namun belum dapat memastikan sama ada ia adalah kesan patukan ular," katanya.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Rusni Ab Jalil, akan membuat sidang media mengenai kes itu di SK Chembong pagi esok.

Sumber
BeritaHarian


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.