Ahad, 17 April 2016

Ahad, April 17, 2016
Pelajar Malaysia IQ Tinggi, Kalahkan Stephan Hawking | Seorang kanak-kanak kelahiran Malaysia dinobatkan sebagai kanak-kanak paling pintar di Australia oleh pertubuhan IQ tinggi, Mensa malah tahap IQ yang dimilikinya juga melebihi saintis genius, Stephan Hawking.

Pelajar Malaysia IQ Tinggi, Kalahkan Stephan Hawking

Remaja yang kini tinggal di Perth, Sharvin Jeyendra berjaya mendapat skor IQ markah 168, lapan mata lebih tinggi dari saitis terkemuka itu.

Pelajar Sacred Heart College yang juga mempunyai bakat bermain piano dilahirkan pintar dan keluarganya tidak pernah memberi tekanan kepadanya dalam bidang akademik.

Ibu bapanya yang merupakan peguam melihat anak mereka sebagai seorang yang genius sejak kecil lagi malah dia mula berjalan dan bercakap ketika usianya sembilan bulan.

"Dia mula bercakap seperti kanak-kanak normal yang berusia dua atau tiga tahun dengan ayat serta tatabahasa yang betul," kata ibunya Deva.

"Kami sentiasa memberi galakan kepadanya dan saya fikir ibu bapa perlu melakukan ini kerana otak kanak-kanak seperti span dan boleh menyerap apa sahaja,"katanya.

Persatuan IQ tinggi, Mensa baru-baru ini menganugerahkan Sharvin sebapai kanak-kanak paling bijak di Australia sekali gus meletakkannya dia antara dua peratus daripada orang pintar di seluruh dunia.

Pelajar muda kelahiran Malaysia ini mempunyai harapan tinggi untuk masa depan dan bercadang menggunakan kebijaksanaannya untuk kebaikan.

"Apabila saya dewasa, saya mahu menjadi seorang ahli sains biologi, saya mahu mencari penawar untuk kanser.

"Malah saya juga bercita-cita menjadi ahli biologi marin untuk meneroka laut dan mempunyai yayasan kebajikan sendiri bagi membantu orang miskin di dunia," kata  Sharvin dipetik MailOnline.

Walaupun mempunyai IQ yang tinggi, Sharvin tetap sama seperti pelajar yang sebaya dengannya malah turut gemar bermain bola keranjang dan bola sepak.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/budak-malaysia-miliki-iq-melebihi-stephen-hawking-1.510471


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.