Isnin, 11 April 2016

Isnin, April 11, 2016
Pelajar Perubatan Malu Apabila Jawapan Dr Zakir Naik Terkena Hidung Sendiri : Satu posting yang dimuat naik oleh pengguna Facebook yang menulis tentang jawapan balas Dr Zakir Naik terhadap soalan oleh seorang pelajar perubatan dalam programnya di Terengganu malam semalam menjadi viral.

Pelajar Perubatan Malu Apabila Jawapan Dr Zakir Naik Terkena Hidung Sendiri

Dalam status berkenaan soalan berbunyi seperti ini "kenapa kerajaan tidak menghargai pelajar perubatan seperti kami yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser? Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi hingga memaksa pelajar sepertinya berhutang dan menanggung riba."

Namun jawapan yang diberikan Dr Zakir Naik adalah seperti berikut "Berapa yuran pengajian doktor di Malaysia?". pelajar itu pun menjawab, "RM3600 setahun".

Tambah Dr Zakir, kos pengajian perubatan di kebanyakan negara mencecah USD100k. Kira baik kerajaan memberi subsidi banyak untuk belajar perubatan, lagipun Malaysia ada pinjaman tanpa faedah.

Yang pergi amik pinjaman ada riba tu pasal apa? Itu salah awak sendiri. Di Malaysia ada Pusat Zakat dan Baitulmal. Kalau tak mampu sangat boleh mintak kat sana.

Malah, Dr Zakir menurutnya sanggup membiayai pengajian pelajar itu dan kawan-kawannya "But please dont blame your government,"


Via
Kini Tv


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.