Khamis, 7 April 2016

Khamis, April 07, 2016
Pelayan Robot Kena Pecat : Menggunakan robot sebagai pelayan nyata bukan idea yang bijak apabila beberapa restoran di bandar ini ditutup atau ‘memecat’ pekerja mekanikal mereka itu.

Pelayan Robot Kena Pecat

Akhbar Worker’s Daily melaporkan, dua restoran yang menggunakan robot sebagai pelayan sudah ditutup dan yang ketiga masih beroperasi dengan satu robot selepas semuanya dipecat.

Keadaan itu disebabkan pemilik restoran menerima banyak aduan daripada pekerja manusia mengenai prestasi robot berkenaan.

“Robot itu tidak mampu memegang mangkuk sup atau makanan lain dengan stabil, malah ia sering kali terjatuh dan pecah.

“Majikan saya mengambil keputusan untuk tidak menggunakan robot lagi,” kata seorang pekerja.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/128469?


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.