Rabu, 20 April 2016

Rabu, April 20, 2016
Alhamdulillah...
Kak Long dah dikebumikan pada pukul 10pg tadi..Saya ucapkan terima kasih pada semua ahli keluarga dan rakan yang banyak membantu dan memberi semangat..

Pasal cerita Kak Long hidup semula tu adalah salah faham sahaja...Kak Long dah disahkan tiada di hosital besar Kota Bharu ptg kemarin lagi dan tiba di rumah saya pukul 6.30ptg kemarin..lepas magrib jenazah dimandikan..


Siap jenazah dimandikan, diangkat dan diletakkan diatas kain untuk dikafankan..Masa nak letakkan jenazah kat atas kain kafan tu, dia tersedu 2 kali..

Kami ahli keluarga dan sahabat handai berbincang untuk panggil doktor datang check kat rumah untuk kepastian, walaupun kata hati dah rasa yang kak long dah tiada..

Sebelum Dr sampai, adalah 5..6..orang yang cuba tengok keadaan jenazah,
dalam 5..6..orang tu adalah 1..2..orang yang cakap jenazah masih ada cuma slok(koma).

Tak lama 1 group Dr sampai dan membuat pemeriksaan, mengesahkan jenazah dah tiada, tak lama kemudian sampai lagi 1group Dr sukarela..dan berterusan group Dr sampai dalam 3 group..semua Dr mengesahkan jenazah dah tiada dan saya sebagai bapa tidak lagi membenarkan sesiapa pun menyentuh jenazah lagi..

Keadaan tersebutlah yang menimbulkan salah faham dan buah mulut yang direka-reka..maklumlah orang yang hadir terlalu ramai beratus-ratus..memandangkan keadaan dah lewat malam,kami di pihak keluarga memutuskan urusan pengebumian di pagi esok (Rabu)..

Setakat hari ni,yang saya tahu ular yg patut kak long masih belum dijumpai di sekolah tersebut..gambar ular yang diviralkan itu pun tidak benar...hanya direka sahaja...dan mintaklah buang gambar kat hospita yang muka diikat (sedih tgk) dan saya meminta semua rakan FB, perbetulkan cerita..jangan lah ditambah tolok..

Cerita di sekolah dan hospital saya pun kurang pasti,disebabkan saya dari kuantan pukul 12tgh dan sampai Kota Bharu pukul 3.30..anak sudah meninggal..

Says juga belum pasti jenis ular yang mematuknya..mintak maaf kepada semua kerana tak sempat nak cerita perkara sebenar dan tak sempat nak layan call,whatsap dan Fb..

Dan terima kasih diucapkan kepada pihak2 jabatan kerajaan yang sempat hadir ke rumah..Saya sebagai manusia biasa ni,sedih lah jugak, dia lah seorang anak, dialah seorang rakan yang paling rapat dan saya lah tempat melayan cerita2 budak2 nya..Sampaikan nama kawan2 dia kat skolah pun saya ingat..

Tapi Allah lebih sayang kan dia ..sama2 lah kita terima Qadar dan Qadar Allah swt..yg pastinya taman syurga menunggu mu anakku..

Kita semua yang belum pasti dimana-mana..sama2 lah berdoa utk menuju ke jalan yang lurus,aitu jalan orang2 yang beriman..



sumber
Ruslan Gazali (Bapa Adik Nurin)


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.