Ahad, 17 April 2016

Ahad, April 17, 2016
PM Pakistan Kena Jual Di E-Bay | Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif dijual di laman eBay dengan nilai AS$90,000 (RM351,769), semalam oleh seorang yang tidak mendedahkan nama susulan kekecewaan terhadap pemimpin itu ekoran kebocoran Panama Papers

PM Pakistan Kena Jual Di E-Bay

"PM yang tidak berguna, Nawaz Sharif untuk dijual," tulis penjual itu di laman web e-dagang popular sambil menggambarkan pemimpin itu 'baru tapi rosak'.

"Tidak lagi diperlukan. Perlukan sedikit TLS.

"Bukan dalam keadaan bekerja. Ia tidak pernah bekerja. Ia adalah rosak dan rasuah sejak lahir. Seluruh produk dan keluarganya dalam keadaan cacat, silakan ambil dan buang penyakit ini dari kami (Pakistan),” tulis kenyataan itu lagi

Paparan yang menjadi viral di Pakistan, turut menawarkan hadiah secara percuma iaitu saudaranya yang juga gabenor semasa wilayah Punjab, Shahbaz Sharif.

Sharif berada di bawah tekanan selepas kebocoran Panama Papers yang mengaitkan keluarganya memiliki syarikat luar pesisir.

Memetik AFP, sejak petang semalam lelongan tersebut telah menerima 100 tawaran sehingga AS$94,000 (RM367,817).

Bagaimanapun lelongan tersebut telah dikeluarkan dari laman web tersebut tidak lama kemudian.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/pm-pakistan-di-jual-di-ebay-1.510177


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.