Rabu, 13 April 2016

Rabu, April 13, 2016
Pocong, Toyol Ganggu Penduduk Kampung : Gangguan makhluk halus dialami penduduk Kampung Lapan, Tengkera di Melaka, bukan lagi kisah dongeng atau tahyul apabila sebahagian besar daripada mereka terserempak jelmaan puntianak, pocong dan toyol sejak tiga minggu lalu.

Pocong, Toyol Ganggu Penduduk Kampung

Pelbagai gangguan dialami penduduk seperti melihat jelmaan puntianak melayang melewati pokok pisang selain kanak-kanak bertelanjang bulat dipercayai toyol berjalan di semak berhampiran kediaman mereka pada waktu malam.

Untuk rekod, kampung berkenaan dihuni 1,000 penduduk.

Penduduk, Abdul Halim Abdullah, 39, berkata, gangguan makhluk halus atau hantu terbabit menyebabkan penduduk risau untuk keluar rumah pada waktu malam, sekali gus menjadikan kampung terbabit sunyi sepi.

“Sebelum ini, saya boleh lihat kanak-kanak bermain walaupun hampir jam 6 petang, tetapi kini ibu bapa mengarahkan anak masing-masing pulang awal dan menutup tingkap rumah seawal jam 7 petang kerana risau diganggu hantu.

sumber
HarianMetro


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.