Rabu, 13 April 2016

Rabu, April 13, 2016
Ramasamy Kesal Gelar Dr Zakir Naik Syaitan | Selepas dikritik pelbagai pihak, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof. P. Ramasamy melahirkan kekesalan kerana melabelkan pendakwah Islam antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai syaitan.

Ramasamy Kesal Gelar Dr Zakir Naik Syaitan

Pengkritik paling lantang Zakir itu sebelum ini menulis di laman Facebooknya dengan tajuk Let Us Get ‘Satan’ Zakir Naik Out Of This Country menyebabkan beberapa pihak membuat laporan polis ke atas bekas pensyarah tersebut.

Menurut Ramasamy, berikutan kenyataan tersebut, beliau kini dilabelkan sebagai anti-Islam dan anti-Muslim.

“Pada 10 April 2016, saya telah memuat naik status di Facebook saya mengenai pendakwah Islam Dr. Zakir Naik. Dalam posting, saya memanggilnya sebagai syaitan dan menegaskan bahawa beliau memberi ucapan kebencian pada agama selain Islam.

“Pada hari yang sama saya sedar perkataan syaitan telah menjadi viral. Saya menyesal jika penggunaan perkataan syaitan boleh menimbulkan keresahan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan orang Islam di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Rama­samy mendakwa, kenyataan yang dibuatnya bukan anti-Islam, sebaliknya beliau mahu setiap orang perlu menghormati negara ini kerana Malaysia mempunyai berbilang agama dan bangsa.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ramasamy-kesal-panggil-dr-zakir-syaitan-1.253919


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.