Jumaat, 8 April 2016

Jumaat, April 08, 2016
Rumah Api Milik China Di Spratly Sedia Pantau Kapal | China mengukuhkan kedudukannya di kawasan Laut Cina Selatan dengan melancarkan operasi rumah api di atas terumbu karang yang turut menjadi rebutan oleh Vietnam dan Filipina.

Rumah Api Milik China Di Spratly Sedia Pantau Kapal

Fasiliti berketinggian 55 meter di atas Te­rumbu Subi yang terletak dalam kawasan Kepulauan Spratly itu mempunyai teknologi untuk memantau kapal-kapal, lapor agensi berita Xinhua kelmarin.

China mendakwa memiliki hampir ke semua kawasan maritim Laut Cina Selatan walaupun berhadapan dengan konflik perebutan oleh Brunei, Malaysia, Vietnam, Taiwan dan Filipina.

Beijing membina pulau buatan manusia di kawasan berkenaan baru-baru ini sebagai penegasan terhadap dakwaan haknya dalam tuntutan bertindih tersebut.

China telah mengubah Terumbu Subi kepada pulau buatan pada tahun lepas berdasarkan gambar yang dirakam melalui satelit sekali gus menguasai hampir 400 hektar kawasan berkenaan.

Pembinaan pulau tersebut dikecam negara-negara jiran dan Amerika Syarikat, namun Beijing menegaskan pulau itu dibangunkan bagi tujuan membantu operasi mencari dan menyelamat pasukan maritim.

Jabatan pengangkutan China mengadakan satu upacara di Terumbu Subi kelmarin, lapor Xinhua. Gambar yang dikeluarkan menunjukkan dua lelaki memakai baju putih berdiri bersebelahan bangunan tinggi dengan berlatarkan poster bertulis ‘Acara Perasmian’. – AFP

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0407&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.