Isnin, 11 April 2016

Isnin, April 11, 2016
Sebar Kematian Palsu, Awie Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Pada Blogger | Awie akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya mendapat maklum balas daripada peguamnya berikutan berita palsu mengenai kematiannya yang tersebar di internet.

Sebar Kematian Palsu, Awie Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang Pada Blogger

Tambah Awie lagi, dia sendiri kecewa dengan tindakan blogger yang menggunakan nama dan berita palsu mengenainya untuk menaikkan jumlah pelawat.

"Rasanya sudah lapan kali berita mengenai kematian saya diada-adakan oleh blogger-blogger yang tidak bertanggungjawab ini. Kebanyakan mereka ingin menaikkan jumlah pelawat dengan menulis berita tidak benar sebegini.

"Saya akan berbincang dengan peguam saya dan sekiranya perlu, saya akan mengambil tindakan undang-undang dan membawa hal ini ke peringkat seterusnya," katanya ketika dihubungi.

Ketika berita itu tersebar, Awie sedang menjalani penggambaran filem Bikers Kental 2 di Phuket, Thailand.

"Memang telefon saya tidak berhenti berdering apabila tersebarnya berita kematian itu. Perlu diingatkan, saya ada anak-anak yang boleh membaca penulisan sebegitu dan ada kesannya kepada mereka.

"Bagaimana pula dengan ahli keluarga saya yang lain? Bagaimana kalau ada yang terkejut dan terkena serangan jantung selepas membaca berita palsu itu? Ini melibatkan nyawa dan bukan perkara main-main," katanya lagi.

Awie yang juga juri tetap program Ceria Pop Star turut meluahkan keinginannya untuk bersemuka dengan blogger terbabit.

"Saya ingin sangat bertemu dengannya dan berbincang sama ada dia punya masalah dengan saya atau bagaimana," katanya.

Awie juga sempat berpesan kepada peminat-paminatnya supaya tidak terlalu mudah mempercayai berita palsu sebegitu dan terlalu pantas berkongsi tanpa menyelidik kesahihannya terlebih dahulu.

"Saya harap, peminat akan terus menyokong saya. Jangan terlalu mudah percaya dengan khabar angin sebegini. Selidik terlebih dahulu dan dapatkan kesahihan sesuatu berita sebelum berkongsi dengan orang lain," katanya lagi.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/129380


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.