Ahad, 17 April 2016

Ahad, April 17, 2016
Semuanya Dah Selesai - Kes Pak Guard Tak Dapat Gaji | Kes pengawal keselamatan SRJK Keat Hwa (S) Kampung Baru,yang mogok Khamis lalu, sudah diselesaikan secara baik apabila syarikat pengawal keselamatan menjelaskan bayaran gaji.

Semuanya Dah Selesai - Kes Pak Guard Tak Dapat Gaji

Pengarah Pendidikan Kedah, Datuk Azuyah Hassan, berkata Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah juga akan memantau dan mengambil tindakan ikut SOP terhadap syarikat itu jika masalah berulang.

Menurutnya, JPN dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Setar dan pihak sekolah terbabit sudah mengadakan sesi perbincangan, Jumaat lalu.

“Hasil siasatan, kita mendapati sepatutnya tidak timbul isu masalah kewangan syarikat pengawal keselamatan itu untuk membuat bayaran kerana ia menggunakan khidmat syarikat pemfaktoran dengan JPN membuat pembayaran terus kepada syarikat pemfaktoran terbabit.

“Kejadian itu juga hanya berlaku di Pos Kawalan SRJK Keat Hwa (S),” katanya pada sidang media di PPD Kota Setar.

Jumaat lalu melaporkan hampir 100 orang membabitkan murid, guru dan kakitangan SRJK Keat Hwa (S) Kampung Baru, terganggu sesi persekolahan 30 minit apabila tidak dibenarkan masuk ke sekolah oleh pengawal keselamatan yang mengunci pagar utama.

Difahamkan, kejadian berlaku jam 6.30 pagi itu berpunca akibat tindakan mogok empat pengawal keselamatan terbabit.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/131017


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.