Rabu, 20 April 2016

Rabu, April 20, 2016
Seorang Penjenayah Maut Di Tembak, 1 Lagi Cedera : Seorang penjenayah yang terbabit dengan kegiatan samun dan curi kenderaan mati ditembak polis manakala seorang lagi cedera dalam kejadian di Jalan Kilang di Petaling Jaya awal pagi tadi.

Seorang Penjenayah Maut Di Tembak, 1 Lagi Cedera

Dalam kejadian 4.45 pagi itu, tiga suspek yang menaiki kereta Proton Perdana dan Honda Stream melarikan diri selepas dikejar anggota polis yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, seorang daripada suspek yang menaiki Proton Perdana merempuh kereta peronda dan motosikal polis yang mengejarnya.

"Tembakan terpaksa dilepaskan dan mengenai pemandu kereta berkenaan. Seorang lagi suspek yang berada di dalam kereta yang sama adalah wanita berusia 20 tahun dipercayai teman wanitanya dan turut cedera di lengan.

"Manakala suspek yang menaiki Honda Stream berjaya ditahan. Siasatan mendapati ketiga-tiga suspek aktif menyamun dan curi kenderaan di sekitar lembah klang," katanya.

via
HarianMetro


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.