Ahad, 17 April 2016

Ahad, April 17, 2016
SPRM Serbu Balai Polis Ayer Hitam | Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang terpaksa mengepung Balai Polis Ayer Itam dekat sini, sebelum menahan lima anggota balai berkenaan, awal pagi Sabtu.

SPRM Serbu Balai Polis Ayer Hitam

Dalam serbuan jam 3 pagi itu, kesemua mereka yang ditahan dipercayai terbabit dalam rasuah membabitkan sejumlah amaun yang besar.

Kesemua mereka ditahan ketika berada di dalam bilik balai berkenaan.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M Samarajoo dipetik berkata, semua lima anggota berkenaan kini masih ditahan untuk siasatan lanjut berhubung laporan yang diterima pihaknya.

"Mereka kini ditempatkan di lokap SPRM untuk siasatan lanjut dan akan dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab, mengesahkan serbuan dan penahanan anggotanya itu.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/131232


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.