Khamis, 14 April 2016

Khamis, April 14, 2016
Tutup Sekolah Setelah Guru, Pelajar Histeria | Kejadian histeria beramai-ramai yang menggemparkan dan berlarutan sejak Isnin lalu menyebabkan kira-kira 900 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa II diarahkan bercuti selama sehari pada hari ini.

Tutup Sekolah Setelah Guru, Pelajar Histeria

Peristiwa yang merasuk lebih 50 pelajar dan beberapa orang guru berlaku selepas para pelajar mendakwa terlihat makhluk halus yang didakwa pocong di sebuah kelas kosong.

Pelajar tersebut kemudian rebah, meracau-racau dan berguling-guling seperti cacing kepanasan di atas lantai sebelum serangan histeria itu ‘berjangkit’ kepada pelajar lain.

Tinjauan di sekolah tersebut semalam mendapati sesi persekolahan berjalan seperti biasa, tetapi kebanyakan pelajar perempuan tidak berada di dalam bilik darjah kerana berkumpul di satu kawasan sekolah untuk membaca al-Quran dan doa.

Difahamkan pelajar, guru dan kakitangan yang lemah semangat juga sudah diarahkan pulang awal semalam bagi mengelak diserang histeria.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0414&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.