Jumaat, 15 April 2016

Jumaat, April 15, 2016
Ucap 2 Kalimah Syahadah Depan Dr Zakir Naik: Remaja bukan Islam mengucap dua kalimah syahadah di depan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik ketika sesi soal jawab di majlis syarahannya di Padang Astaka, tengah malam tadi.

Ucap 2 Kalimah Syahadah Depan Dr Zakir Naik

Woo Nina Grace, 19, dari Johor mengucapkan dua kalimah syahadah pada 12.05 tengah malam sejurus soalannya dijawab Dr Zakir.

Gadis itu bertanyakan kepada Dr Zakir bahawa dia sudah mendalami Islam sejak berusia 13 tahun dan adakah dia boleh dianggap sebagai seorang Muslim kerana mengamalkan surah al-Fatihah, tiga Qul dan ayat Kursi.

Dr Zakir kemudiannya jawab adakah dia percayakan Allah SWT dan Rasul sebelum diakui oleh gadis berkenaan.

Pendakwah itu kemudiannya berkata, sekiranya sudah percaya dengan dua perkara itu mengapa dia tidak mengucap dua kalimah syahadah.

sumber
Harian Metro


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.