Isnin, 18 April 2016

Isnin, April 18, 2016
Wanita Rakam Video Pukul Anak Sendiri | Kerana marah dengan bekas suami yang meninggalkannya, seorang wanita sanggup merakamkan perbuatan dia memukul anaknya sendiri dan kemudian menghantarnya kepada lelaki itu.

Wanita Rakam Video Pukul Anak Sendiri

Ibu yang hanya dikenali sebagai Tatiana, kini sedang disiasat oleh polis di Rostov On Don, Russia.

Rakaman tersebut menunjukkan kanak-kanak malang itu, Sasha melindungi muka dengan tangannya ketika wanita itu berulang-ulang kali memukulnya.

Wanita itu turut dilihat menjerit dan menyumpah seranah dalam bahasa Rusia.

Salah seorang ahli keluarga bekas suami wanita itu mendakwa, dia menerima video berkenaan.

"Dia cuba mengugut suaminya dengan video tersebut," katanya dipetik Metro.uk

Sementara itu, seorang doktor berkata, walaupun badan kanak-kanak malang itu lebam, namun dia tidak mengalami sebarang kecederaan kekal.

Bagaimanapun, keluarganya memberitahu media tempatan, mereka bimbang dengan kesan psikologi yang mungkin dihadapi kanak-kanak itu akibat keganasan yang dilakukan ibunya sendiri.

Malah mereka mendakwa, Shasha semakin menjadi malu dan enggan bercakap dengan orang dewasa.

Ibu saudara serta nenek kanak-kanak itu kini sedang mencuba untuk mendapatkan hak penjagaan.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/global/tergamak-rakam-video-pukul-anak-sendiri-1.510581


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.