Jumaat, 13 Mei 2016

Jumaat, Mei 13, 2016
Enggan Mohon Maaf, Yazit Search Mahu Buat Laporan Polis Kedua
| Pemain dram kumpulan Search, Yazit Ahmad, 54, enggan memohon maaf atas tindakannya membuat laporan polis terhadap anggota lain kumpulan legenda tersebut dengan dakwaan pecah amanah.

Enggan Mohon Maaf, Yazit Search Mahu Buat Laporan Polis Kedua

Sebaliknya, Yazit mengakui mahu membuat laporan kedua berhubung dengan beberapa salah-laku ahli kumpulan tersebut.

“Tidak ada sebab untuk saya mengemukakan permohonan maaf kepada kumpulan Search dan menarik kembali laporan yang telah dibuat.

“Banyak lagi salah laku yang telah dilakukan oleh mereka dan saya akan membuat laporan susulan dalam tempoh terdekat,” katanya ketika ditemui pada sidang akhbar yang berlangsung di G Tower di sini semalam.

Yazit diminta untuk mengulas kenyataan empat lagi ahli kumpulan Search iaitu Amy, Nasir, Kid dan Din yang mahu dia mengeluarkan pernyataan maaf dalam tempoh 48 jam kelmarin.


sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0513&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.