Isnin, 16 Mei 2016

Isnin, Mei 16, 2016
Ford Ranger Milik Safee Sali Ditahan,Polis Jumpa Pistol Didalamnya


Kini tersebar nenerusi media sosial dakwaan mengatakan sebuah kenderaan Ford Ranger yang didaftarkan atas nama pemain bolasepak negara dan JDT, Safee Sali ditahan.

Menurut laporan tersebut itu lagi, ketika ditahan pemandu kenderaan tersebut (pemilik kedai 4x4) mengaku telah terjumpa pistol ditempat lain dan menyimpannya.

Pihak polis akan neneruskan siasatan lanjut.

Salam Sejahtera YDH Tuan.

1. Makluman awal Trafik JBU jumpa sepucuk pistol jenis revolver semasa membuat Sekatan Jalan Raya.

2. Klasifikasi: Sek.8 Akta Senjatapi Penalti Lebih Berat 1971/ Sek.8(a) Akta Senjata 1960.

3. IO kes: Insp.Izzat
SIO kes: ASP Hema Nanthan

4. Butiran Tangkapan (B1):-
Nama: Shalihoddin B. Azman
No. KP: 821103-01-5853
Umur: 34 Tahun
Alamat: No. 7, Jalan Atmo Batu 18, Kampung Sungai Tiram, 81800 JB
Pekerjaan: Berniaga (Kedai Aksesori 4×4)
Alamat Kedai: Shazman Truck Garage, No. 73, Jalan Setia Tropika 1/8, Taman Setia Tropika, JB

5. Rekod Lampau:
- Plentong/922/01, Sek 39B ADB, Tahun 2001, Ditangkap.
- Tmn Pelangi/1554/12, Sek 15(1)(a) ADB, Tahun 2012, Dihukum.
- Setia Indah/1859/12, Sek 39A(1) ADB & Sek 6 ADB, Tahun 2012, Dihukum.

6. Fakta kes:
6.1. Pada 15.5.2016 @ 1200, anggota Trafik JBU (Sjn. 126944, Kpl. 98236, Kpl. 126832, Kpl. 138981 & Lkpl. 168423) yang menjalankan Sekatan Jalan Raya di Susur Exit Kempas Lebuhraya Utara Selatan (Hala Utara) telah tahan sebuah kenderaan jenis Ford Ranger 4WD, warna Hijau, No. Pendaftaran JRL 6433 yang dipandu oleh B1.

6.2. Kemudian dengan disaksikan B1, Lkpl. 168423 telah membuat pemeriksaan bahagian dalam kenderaan dan telah menjumpai satu beg berwarna kuning di bahagian tempat duduk belakang. Hasil pemeriksaan di dalam beg tersebut, Lkpl. 168423 telah menjumpai:-

i) Dipercayai sepucuk pistol Revolver jenis Smith & Wesson, panjang bearer 4 inci, No. Siri: K665131, buatan USA beserta Sarung warna hitam.

ii) Satu kotak hitam tertulis "Bullet Master" mengandungi 30 butir peluru hidup jenis .38LRN Special Ball

6.3. Hasil semakan ke atas kenderaan tersebut dapati:-
Pemilik:
Nama: Mohd Safee B. Mohd Sali (Pemain Bola Sepak JDT)
No. KP: 840129-10-5295
Alamat: No. 6, Jalan TP 7/C, Tmn Perindustrian UEP, 47610 Selangor.

7. Hasil soal siasat awal ke atas B1 mendapati:-

i) B1 telah jumpa pistol & peluru2 di dalam bungkusan plastik yg dibalut dengan baik di Loji Air, Jalan Sungai Tiram - Pasir Gudang pada bulan lepas (April 2016) ketika memancing pada sebelah petang bersama rakannya nama "Lani" (tanpa pengetahuan Lani). B1 buka bungkusan tersebut dan mengambil pistol bersama peluru2 tersebut dan masukkan ke dalam beg.

ii) Selepas menjumpai pistol tersebut, B1 telah simpan (sembunyikan) di pejabat kedainya. B1 memberi alasan mahu simpan pistol tersebut sebagai keselamatan dirinya yang sedang menjalankan perniagaan. B1 juga telah membersihkan pistol tersebut selama di bawah simpanannya namun masih menafikan melepaskan tembakan.

iii) B1 akui kenderaan Ford Ranger tersebut adalah milik Safee Sali. Safee Sali telah hantar kenderaan tersebut ke kedainya pada minggu lepas untuk pasang "Full Ascesorries". B1 menyatakan Safee Sali bercadang akan ambil kenderaannya itu selepas Final Piala FA.

iv) Keterangan B1 setakat ini berhubung pistol dipercayai tidak betul. SS lanjut akan dijalankan untuk mendapatkan cerita sebenar.

8. Tindakan dan siasatan awal:
8.1. IO kes telah melawat tempat kejadian bersama jurugambar Sjn Sham. Gambar tempat kejadian telah dirakam.

8.2. Pihak forensik IPK Johor telah dipanggil untuk membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang dirampas.

8.3. Pihak AMRA IPD JBU telah dipanggil untuk pemeriksaan terhadap pistol yang dirampas.

8.4. Barang kes akan dihantar ke Forensik Cheras, Bukit Aman untuk pemeriksaan Mybid.

9. OKT akan dimohon reman pada 16/5/16 selama 7 hari.

10. Repot sedang dibuat dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan setelah selesai siasatan.

Sekian, terima kasih YDH Tuan.


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.