Jumaat, 27 Mei 2016

Jumaat, Mei 27, 2016
Ulama Arab Saudi Larang SELFIE Dengan Kucing | Seorang ulama warga Arab Saudi melarang mengambil gambar bersama kucing, dengan mendakwa "amalan itu terlalu kebaratan".

Ulama Arab Saudi Larang SELFIE Dengan Kucing

Portal Mirror melaporkan Sheikh Saleh Bin Fawzan Al-Fazwan membuat kenyataan itu semasa bersiaran di stesen TV.

Dia mendakwa bergambar dengan kucing, anjing atau haiwan lain tidak dibenarkan kerana bertentangan dengan negara Islam itu yang terlalu konservatif.

Menurut Sheikh, larangan itu dibuat bagi menghentikan lebih ramai menjadi sebahagian dalam "trend yang lebih kebaratan".

Memetik laporan Newsweek, Sheikh memberitahu stesen TV itu bahawa dia dimaklumkan mengenai "satu trend baharu mengenai mengambil gambar bersama kucing telah mula mempengaruhi mereka yang menjadi lebih kebaratan".  - Mirror

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2016/05/27/larang-gambar-dengan-kucing/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.