Isnin, 20 Jun 2016

Isnin, Jun 20, 2016
Kera Peliharaan Cakar Pipi Bayi : Bayi berusia 8 bulan cedera di pipi kiri selepas dicakar kera peliharaan bapanya di rumah mereka di Kampung Sungai Buaya, Khamis lalu.

Kera Peliharaan Cakar Pipi Bayi

Khaiffah Nurul Damia Qhalifa Syed Mohd Hishamudin dicakar kera itu kira-kira 9 pagi ketika mangsa didukung ibunya, Norhayati Mohd Dahan, 36.

Syed Mohd Hishamudin Syed Mohd Yassin,36, berkata, dia memelihara kera itu sejak tiga tahun lalu dan menambatnya pada sebatang tiang berhampiran rumahnya.


"Ketika kejadian, isteri keluar untuk mengambil seliparnya di belakang rumah dan anak saya merengek mahu mengikut lalu isteri mendukungnya dan berjalan ke belakang rumah.

"Ketika melalui kawasan itu, haiwan itu tiba-tiba melompat dan menarik rambut sebelum mencakar pipi anak saya menyebabkan anak menjerit kesakitan.

"Saya yang mendengar jeritan anak segera keluar dan membawanya ke Hospital Dungun sebelum dia dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk rawatan lanjut," katanya.

via
http://www.hmetro.com.my/node/146313


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.