Isnin, 20 Jun 2016

Isnin, Jun 20, 2016
Pemuda direman 7 hari kes kerat kaki warga emas : Seorang pemuda direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes seorang warga emas dipotong kaki sehingga putus di Lemal.

Pemuda direman 7 hari kes kerat kaki warga emas

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd. Izuddin Mohd. Shukri bermula hari ini sehingga Ahad depan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Pasir Mas pada pukul 8.50 pagi dengan menaiki kereta polis.

Terdahulu, seorang warga emas, Mek Som Mat Diah, 89, putus pergelangan kaki kiri selepas dikerat suspek yang dipercayai penagih dadah di rumahnya di Kampung Tanjong Rendang, Lemal semalam.

Pemuda direman 7 hari kes kerat kaki warga emas

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, Mek Som turut cedera di bahagian muka akibat ditumbuk suspek yang dikatakan berang kerana mangsa enggan memberikannya wang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/pemuda-direman-7-hari-kes-kerat-kaki-warga-emas-1.344922


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.