Isnin, 20 Jun 2016

Isnin, Jun 20, 2016
Remaja Ketagih Dadah Kerat Kaki Nenek : Kejam dan tidak berhati perut, itulah yang berlaku kepada seorang warga emas apabila kaki kirinya dikerat sehingga putus oleh seorang remaja dipercayai penagih dadah di Kampung Tanjong Rendang, Lemal.

Remaja Ketagih Dadah Kerat Kaki Nenek

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, mangsa Mek Som Mat Diah, 89, turut cedera di bahagian muka dikatakan ditumbuk remaja berusia 19 tahun itu.

Ketika kejadian Mek Som tinggal bersama anak tunggalnya, Esah Dollah, 60, dan dikatakan sempat bergelut dengan suspek.

Difahamkan beberapa hari sebelum kejadian suspek dikatakan sering datang ke rumah mangsa untuk meminta wang namun permintaannya tidak dilayan.

Jiran mangsa, Azlan Harun, 40, berkata, ketika kejadian dia sedang memarut kelapa sebelum didatangi kakaknya Nor Azita, 46, yang terdengar bunyi tangi­san kuat dari arah rumah warga emas yang terletak di hadapan rumahnya.

Menurutnya, dia kemudian te­rus bergegas ke rumah tersebut untuk melihat keadaan mangsa.

“Sebaik sahaja sampai, saya lihat suspek sedang memotong kaki Mek Som dengan menggunakan senjata tajam dipercayai pisau. Remaja ini tinggal dekat dengan rumah kami.

“Apabila melihat kejadian itu saya terus menjerit meminta tolong orang kampung dan sebaik sahaja kami sampai di rumah Mek Som kaki kirinya telah putus,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Azlan memberitahu, dia bersama penduduk kampung terus mengepung dan menangkap suspek.

Katanya, mangsa kemudian dihantar ke hospital Pasir Mas oleh penduduk kampung untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Difahamkan mangsa kini berada dalam keadaan stabil selepas mendapat rawatan.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/remaja-kerat-kaki-nenek-1.344782


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.