Sabtu, 30 Julai 2016

Sabtu, Julai 30, 2016
Pawang Maut Dibelit Ular Yang Ditangkap | Seorang pawang ular terkenal di bandar ini ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila lehernya dijerut seekor ular sawa yang ditangkapnya.

Pawang Maut Dibelit Ular Yang Ditangkap

Budiyanto, 35, ditemui terbaring berhampiran motosikalnya di tepi jalan pada malam Selasa lalu dan seekor ular sawa sepanjang 3.5 meter masih membelit lehernya.

Seorang keluarga mangsa memberitahu, Budiyanto yang terkenal sebagai dukun ular baru menangkap ular sawa berkenaan.

Katanya, Budiyanto meletakkan ular sawa itu di dalam guni dan membawanya dengan motosikal untuk dijual kepada seorang pembeli.

Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan ular itu dipercayai terlepas dan melarikan diri ke kawasan di tepi jalan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/155390


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.