Sabtu, 30 Julai 2016

Sabtu, Julai 30, 2016
Pengasuh Terlelap Punca 2 Kanak-Kanak Ditemui Di Hospital | Dua kanak-kanak lelaki yang ditemui berkeliaran di hospital lama, selamat diserahkan kepada ibu bapa mereka selepas menjadi viral di laman sosial Facebook.

Pengasuh Terlelap Punca 2 Kanak-Kanak Ditemui Di Hospital

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, bapa kepada dua kanak-kanak berusia dua dan empat tahun itu tampil ke Balai Polis Sungai Petani selepas hampir sejam kejadian itu diviralkan.

"Kami membawa dua kanak-kanak lelaki itu ke Balai Polis Sungai Petani selepas dimaklumkan penemuan mereka di hadapan hospital lama jam11 pagi tadi dan menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda.

"Sewaktu proses pihak JKM membuat laporan untuk bawa balik kedua-dua kanak-kanak itu, seorang lelaki datang mengaku sebagai bapa kepada kanak-kanak terbabit," katanya ketika dihubungi.

Md Zukir berkata, menurut bapanya, kedua-dua anaknya ditinggalkan di rumah pengasuh di Taman Peruda yang terletak berhampiran dengan hospital itu sebelum mereka membuka kunci rumah ketika pengasuh terbabit terlelap.

“Kedua-dua kanak-kanak itu diserahkan kepada ibu bapa mereka pada jam kira-kira 12 tengah hari tadi dalam keadaan baik,” katanya.

via
http://www.hmetro.com.my/node/155209


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.