Sabtu, 30 Julai 2016

Sabtu, Julai 30, 2016
Pukul Murid Tahfiz, Ustaz Ganti Ditahan | Ustaz ganti sebuah pusat tahfiz, di Sungai Petani, berusia 27 tahun yang didakwa memukul tiga murid lelaki berusia 10 sehingga 12 tahun direman empat hari bermula hari ini.

Pukul Murid Tahfiz, Ustaz Ganti Ditahan

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, suspek yang ditahan 10.10 malam tadi di Parit Buntar, Perak ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Terdahulu dilaporkan tiga pelajar terbabit lebam di badan dan luka di kepala selepas dipercayai dirotan suspek.

Punca kejadian disebabkan tiga pelajar itu melarikan dari madrasah ketika solat Subuh sebelum ustaz terbabit mencari dan menemui mereka berhampiran IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Kuala Muda.

Mereka kemudian dibawa ke bilik kuliah sebelum dirotan dihadapan rakan-rakan.

Kejadian berkenaan menjadi viral di laman sosial Facebook dan Whatsapp sejak malam kelmarin apabila gambar badan kanak-kanak berkenaan dipenuhi dengan kesan rotan yang teruk disebarkan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/155165


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.