Sabtu, 30 Julai 2016

Sabtu, Julai 30, 2016
'Ride To Hajj 2016' Yang Diketuai Wazi Abd Hamid Bermula | Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melepaskan konvoi lima penunggang kapcai 'Ride To Hajj 2016' ke Makkah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang semalam.

'Ride To Hajj 2016' Yang Diketuai Wazi Abd Hamid Bermula

Konvoi diketuai bekas juara Kejohanan Malaysia Cub Prix Wazi Abdul Hamid, 45 dan turut disertai Meor Azhar Meor Raflan, 43, Napiah Mat Noor, 50, Othman Darus, 49, dan Azman Baharuddin, 52.

Kumpulan penunggang kapcai pertama dari Malaysia ke Makkah itu akan merentasi sembilan negara iaitu Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan, Iran, Jordan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Arab Saudi.

Perjalanan sejauh 13,500 kilometer itu akan mengambil masa selama 35 hingga 45 hari.

Penganjuran program itu bertujuan menggalakkan pelaksanaan Haji sambil mengembara di samping membina kekuatan dan keyakinan diri dari segi rohani dan jasmani.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/155199


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.