Rabu, 13 Julai 2016

Rabu, Julai 13, 2016
Suspek Amuk Keluarga Lari Ke Surau | Taktik seorang lelaki kononnya ingin bermalam di Surau At-Taufik Taman Air Manis, di sini, membongkar kejadian amuk oleh suspek terhadap keluarganya di Batu 2 Sapintas, di Sabak Bernam, malam kelmarin.

Suspek Amuk Keluarga Lari Ke Surau

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, suspek berusia 22 tahun yang menunggang sebuah motosikal dilihat dalam keadaan mencurigakan di surau itu sebelum didatangi dua anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Air Manis.

Setiausaha SRS Taman Air Manis, Zulkifli Ijoh berkata, sebaik tiba di surau itu, dia dan seorang rakan setugasnya melihat suspek berada di surau sebelum lelaki itu memohon kebenaran untuk tidur di rumah ibadah itu.

“Saya cakap dia tak boleh tidur di surau sebab banyak kes kecurian harta benda berlaku di sini.

“Dia beri alasan baru gaduh dengan kakak sebab pukul anaknya, tapi saya ragu-ragu apa yang diperkatakannya,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian menghubungi Balai Polis Sabak Bernam dan anggota bertugas memaklumkan terdapat satu laporan polis berhubung kejadian amuk di sebuah rumah di Batu 2 Sapintas.

“Selepas dapat tahu polis sedang buru suspek, kami cuba lengahkan masa bersembang dengan suspek sementara tunggu polis, namun belum sempat polis tiba di surau, suspek tiba-tiba melarikan diri ke dalam kebun kelapa sawit berhampiran,” katanya.

Menurutnya, kira-kira 10 anggota SRS dengan bantuan polis menjalankan operasi mencari suspek di sekitar kawasan kebun kelapa sawit itu dan suspek hanya ditemui kira-kira dua jam selepas itu.

“Suspek didapati bersembunyi dalam lubang parit yang kering dan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

via
http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/suspek-amuk-lari-ke-surau-1.540666


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.