Ahad, 7 Ogos 2016

Ahad, Ogos 07, 2016
[2 Video] Kemalangan Plus Highway, Bas Terbakar Langgar Kereta.
TERKINI: 2 Maut, Kemalangan Bas Terbakar Di Highway Plus- 6 Ogos 2016

[2 Video] Kemalangan Plus Highway, Bas Terbakar Langgar Kereta.

Dua orang dilaporkan rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dengan kereta di Kilometer (KM) 447.7 Lebuh raya Utara Selatan arah selatan berhampiran Rawang Selatan-Hospital Sungai Buloh, malam tadi.

[2 Video] Kemalangan Plus Highway, Bas Terbakar Langgar Kereta.

Difahamkan, mangsa yang rentung ialah pemandu dan penumpang kereta terbabit. Kejadian jam 8.23 malam itu dipercayai berlaku apabila bas berkenaan melanggar kereta jenis Proton Wira Aeroback, menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar.

[2 Video] Kemalangan Plus Highway, Bas Terbakar Langgar Kereta.

Difahamkan juga, terdapat 15 penumpang di dalam bas berkenaan dan seorang pemandu namun, semua dilaporkan selamat.

[2 Video] Kemalangan Plus Highway, Bas Terbakar Langgar Kereta.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata 14 anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba Rawang dan Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian bagi membantu operasi menyelamat.

[2 Video] Kemalangan Plus Highway, Bas Terbakar Langgar Kereta.

"Terdapat dua mangsa rentung namun, identiti mereka belum dikenal pasti. "Operasi masih dijalankan bagi mengeluarkan mangsa yang rentung," katanya.



Sementara itu, Twitter @plustrafik, melaporkan kejadian menyebabkan lorong tengah lebuh raya terhalang.Trafik turut dilaporkan sesak menghala selatan sepanjang lebih dua kilometer.



sumber
http://www.bharian.com.my/node/180590#


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.