Rabu, 3 Ogos 2016

Rabu, Ogos 03, 2016
5 Jam Bergayut Pada Pokok | Seorang suspek yang diburu kerana menyerang bekas kekasihnya cuba mengelak ditahan polis dengan memanjat pokok dan enggan turun selama beberapa jam.

5 Jam Bergayut Pada Pokok

Lane Malouff, 30, duduk di atas pokok di Colorado Springs itu selama lima jam pada lewat Ahad (waktu tempatan) sebelum akhirnya turun selepas polis menggunakan gas pemedih mata dan memancutkan air ke arahnya.

Polis berkata, Malouff disyaki menyerang wanita yang juga ibu tiga anaknya dengan cuba mencekik mangsa pada Jun lalu di bandar Alamosa.

5 Jam Bergayut Pada Pokok

Sepanjang tempoh Malouff di atas pokok, polis mengambil langkah keselamatan mengarahkan penduduk berhampiran mengosongkan rumah mereka kerana bimbang lelaki terbabit mempunyai senjata.

Bagaimanapun, penduduk di situ lebih menganggap kejadian itu sebagai sesuatu yang kelakar dan bukannya menakutkan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/156136


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.