Selasa, 2 Ogos 2016

Selasa, Ogos 02, 2016
Ana Dahlia Selamat Bertunang Dengan Anak Jurey Latiff | Ana Dahlia bakal melangsungkan pertunangannya dengan Ashraf yang juga anak pengarah, Datuk Jurey Latiff Rosli, pada 30 Julai lalu.

Ana Dahlia Selamat Bertunang Dengan Anak Jurey Latiff

Majlis diadakan di kampung halaman keluarga Ana di Taiping, Perak, dengan dihadiri kira-kira 100 tetamu membabitkan keluarga kedua-dua pihak. Menurut Ana, majlis pertunangan itu dilangsungkan pada saat akhir, namun tetap berjalan lancar.

"Asalnya hendak diadakan acara merisik sahaja. Tetapi, tiba-tiba ia bertukar menjadi majlis bertunang.

Ana Dahlia Selamat Bertunang Dengan Anak Jurey Latiff

"Keputusan untuk bertunang dibuat tidak sampai seminggu dengan acara sebenar. Kebetulan, ia dilangsungkan dalam bulan Syawal yang penuh berkat.

"Persiapan pun dibuat serta-merta termasuk mencari pelamin, katering dan kanopi. Malah pereka fesyen Ari Wedding Couture juga bersedia untuk menyiapkan pakaian bertunang pada minit akhir.

"Majlis berlangsung dengan gaya sederhana. Hanya ada pemanis daripada kedua-dua keluarga dan cincin tanda," katanya yang dihubungi sebentar tadi.

Mengenai tunangnya, Ana memberitahu dia mula mengenali Ashraf sejak setahun lalu. Produksi milik Jurey Latiff menjadi saksi yang memutik bibit perkenalan seterusnya percintaan mereka. Kedua-duanya berusia awal 30-an.

Ana Dahlia Selamat Bertunang Dengan Anak Jurey Latiff

Ashraf sebelum ini pernah berjinak-jinak dalam dunia pengarahan mengikuti jejak bapanya. Bagaimanapun dia turut memberi tumpuan kepada kerja penyuntingan sebelum kembali mengarah kini. Pasangan ini merancang untuk menamatkan zaman solo sama ada pada hujung Ogos atau awal September ini.

"Perkahwinan ini nanti akan menjadi yang kedua buat kami. Saya sendiri pernah berkahwin sekitar enam tahun lalu. Dia juga bergelar duda dan mempunyai tiga anak. Ibaratnya saya akan dapat anak segera tak lama lagi.

Ana Dahlia Selamat Bertunang Dengan Anak Jurey Latiff

"Cuma setakat ini belum ada tarikh tepat kami akan berkahwin kerana bakal suami dan bapanya sibuk dengan kerja mengarah. Saya kini pun berehat daripada lakonan dan dapat memberi tumpuan penuh untuk kerja persiapan kahwin," katanya.

Ana kini boleh ditonton menerusi drama Marhaban Kome Oi disiarkan di slot Iris dan Budak Magic (slot Aksi). Kedua-dua drama berkenaan disiarkan di TV3.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/179124
Myartis.com


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.