Isnin, 8 Ogos 2016

Isnin, Ogos 08, 2016
'Bangsat' jadi punca pergaduhan | Tujuh laporan termasuk dua kecederaan anggota polis diterima dalam pergaduhan membabitkan penyokong Perak dan Johor Darul Ta'azim (JDT) di Stadium Perak, semalam.

'Bangsat' jadi punca pergaduhan

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, polis turut membuka satu kertas siasatan membabitkan tangkapan dua penyokong JDT yang membawa masuk suar ke dalam stadium.

Katanya, kedua-dua lelaki berusia 25 dan 31 tahun yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1975.

"Punca kejadian dipercayai disebabkan provokasi kedua-dua penyokong yang mengeluarkan perkataan 'Perak bangsat' dan ‘JDT bangsat’ diiringi paluan gendang sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati.

"Cacian dan maki kemudian bermula diikuti balingan objek seperti botol minuman dan mercun sehingga menyebabkan pergaduhan berlaku di tempat duduk penyokong sebelum petugas stadium dan polis membuka pintu pagar untuk mengasingkan mereka," katanya.

Sum berkata, penyokong JDT yang diasingkan dalam padang kemudian bertindak agresif merosakkan papan iklan sebelum mengambil botol air, batu serta serpihan kerusi dan melontarkannya ke arah penyokong Perak.

Menurutnya, penyokong Perak yang berada di tempat duduk penonton mula membalas tindakan itu dengan membaling objek ke arah penyokong JDT.

Menurutnya, selain tujuh laporan dan satu kertas siasatan tangkapan, polis turut membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 147 dan 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/157279


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.