Jumaat, 12 Ogos 2016

Jumaat, Ogos 12, 2016
Bapa Emma Maeembong Cedera Disamun | Bapa kepada pelakon popular Emma Maembong, Ismail Embong cedera dipercayai disamun di rumahnya di ibu negara, malam tadi.

Bapa Emma Maeembong Cedera Disamun

Dalam kejadian 7.30 malam, mangsa berusia 68 tahun dikatakan cedera di tangan dan kepala selepas ditetak suspek lelaki.


Menurut sumber polis, suspek dipercayai menggunakan parang untuk mencederakan mangsa sebelum Ismail sempat menyelamatkan diri dan meminta bantuan jiran.

"Siasatan lanjut masih dijalankan iaitu jumlah kerugian yang dialami mangsa dalam kejadian itu," katanya.

Sementara itu, seorang anak Ismail, Shikin Maembong mengesahkan kejadian tersebut dan berkata ketika kejadian bapanya tinggal berseorangan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/158369


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.