Selasa, 2 Ogos 2016

Selasa, Ogos 02, 2016
Bayi Lebam & Bengkak Muka Selepas Diambil Dari Rumah Pengasuh | SEORANG wanita terkejut besar setelah melihat anak rakannya yang berusia dua bulan, bengkak dan lebam dibahagian muka selepas diambil pulang dari rumah pengasuh.

Bayi Lebam & Bengkak Muka Selepas Diambil Dari Rumah Pengasuh

Khaizatul Izwani Khalid menerusi laman sosialnya memuat naik dua gambar kecederaan di bahagian muka bayi Al-Firash Mohammad Isa yang kelihatan seakan dipukul berkali-kali, selepas disedari oleh ibu bapa bayi berkenaan.

Bagaimanapun, pengasuh di pusat jagaan terbabit memberitahu yang dia tidak menyedari hal itu dan mendakwa kemungkinan bayi itu telah mencakar mukanya sendiri.

Bayi Lebam & Bengkak Muka Selepas Diambil Dari Rumah Pengasuh

Menurut Khaizatul, mangsa telah menjalani pemeriksaan di Hospital Serdang dan mendapati, mata kanannya bengkak, hidung mempunyai kesan darah kering dan kerap muntah.

“Ini anak kawan office yang dijaga oleh pengasuh di Bangi. Ibu bapa bayi berkenaan telah membawa anak mereka untuk pemeriksaan di Hospital Serdang dan doktor mengesahkan bayi mereka terkena hentakan yang kuat,” katanya yang juga memaklumkan bayi itu kini dalam pengawasan doktor.

Bayi Lebam & Bengkak Muka Selepas Diambil Dari Rumah Pengasuh

Tambahnya lagi, ibu saudara mangsa telah menghubungi pengasuh (muda) itu untuk bertanyakan hal berkenaan. Namun pengasuh itu tetap mengatakan bahawa dia tidak perasaan dan meminta maaf di atas kejadian itu.

“Takkanlah akak nak hentak Firash” – kata pengasuh terbabit.

“Sekarang masih menunggu laporan penuh tentang pendarahan bawah otak. Masih menunggu keputusan Doktor Pakar Otak dari Hopital Kuala Lumpur untuk mengetahui kecederaan yang dialami oleh Firash serius atau tidak. Jika serius, mungkin perlu buat pembedahan.

“Firash sudah buat scan x-ray untuk kali kedua. Kali ini satu badan dari kepala sampai kaki. Bimbang ada kesan pada bahagian badan yang lain. Keputusan kepala masih belum dapat. Mungkin Firash akan duduk di wad sehari dua lagi,” kata Khaizatul.

Difahamkan, satu laporan polis telah dibuat pada 29 Julai lalu dan ibu bapa Firash kini sedang menunggu tindakan dari pihak polis untuk menyiasat kes berkenaan.

sumber
http://www.mynewshub.cc/2016/08/01/bayi-berusia-dua-bulan-lebam-di-rumah-pengasuh/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.