Isnin, 1 Ogos 2016

Isnin, Ogos 01, 2016
Bertunang Dengan Bekas Isteri Sultan Brunei, Wak Doyok Enggan Ulas | Pengacara dan ikon fesyen Wak Doyok lebih rela membiarkan khalayak membuat spekulasi terhadap berita pertunangannya dengan Azrinaz Mazhar Hakim, 37, yang dikhabarkan berlangsung pada 23 Julai lalu.

Bertunang Dengan Bekas Isteri Sultan Brunei, Wak Doyok Enggan Ulas

Pada masa sama, Wak Doyok atau nama sebenarnya Muhammad Azwan Mohd. Nor, 36, tidak mengesah atau menafikan laporan pertunangan beliau dengan Azrinaz seperti yang dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia semalam.

“Biarlah saya hidup dengan cara saya sendiri dan saya tidak ambil kisah pasal hidup orang lain,” kata Wak Doyok ringkas menerusi mesej WhatsApp ketika ditanya mengenai kisah pertunangannya.

Azrinaz pula yang ditemui malam ini enggan mengulas lanjut tentang berita pertunangannya.

“Saya enggan memberi sebarang komen,” katanya kepada pemberita pada majlis resepsi pernikahan personaliti televisyen Dahlia Syazwan di Hotel Pullman, Putrajaya.

Akhbar Mingguan Malaysia tedahulusecara eksklusif mendedahkan berita pertunangan kedua-dua selebriti itu yang difahamkan berlangsung secara tertutup di kediaman Azrinaz di kawasan perumahan elit di Desa Hartamas.

Difahamkan ibu Wak Doyok menyarungkan cincin ke jari Azrinaz sebagai memeterai ikatan hubu­ngan dua personaliti terkenal negara.

Menurut sumber, setakat ini belum ada kepastian dalam soal menetapkan tarikh perkahwinan pasangan berkenaan.

Azrinaz yang juga bekas personaliti TV3 juga tidak memberikan sebarang komen apabila wartawan Utusan Malaysia menghubunginya.

Bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah itu merupakan ibu kepada sepasang cahaya mata sementara Wak Doyok pula belum pernah berkahwin.

Hubungan Azrina dan Wak Doyok bermula sebagai sahabat baik sejak tahun lalu.

Bagaimanapun, mereka tidak pernah mengesahkan berada da­lam alam percintaan meskipun se­ring memuat naik gambar kemesraan berdua di laman sosial selain gambar bersama dengan rakan-rakan artis mereka.

sumber
http://www.utusan.com.my/hiburan/biar-khalayak-buat-spekulasi-1.364719


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.