Selasa, 2 Ogos 2016

Selasa, Ogos 02, 2016
Catat 10.18 Saat, Khairul Bakal Terima Imbuhan RM25,000 | Catatan 10.18 saat nampaknya telah membawa khabar gembira buat Raja Pecut Malaysia yang baharu, Khairul Hafiz Jantan.


Ia bukan sekadar tercatat sebagai rekod baharu kebangsaan bagi acara 100 meter, sebaliknya bakal menyaksikan atlet kelahiran Bukit Katil, Melaka itu yang juga Olahragawan Sukma 2016, akan menerima imbuhan berjumlah RM25,000 daripada kerajaan negeri Melaka.

Khairul telah melakar kejutan apabila melakukan catatan masa 10.18s dalam acara 100m pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-18 yang melabuhkan tirainya di Kuching, Sarawak malam kelmarin.

Catatan baharu itu memadamkan rekod berusia 18 tahun milik bekas atlet Sarawak, Watson Nyambek yang dilakukan pada Pra-Sukan Komanwel 1998 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Ganjaran tersebut diumumkan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron semalam pada majlis sambutan atlet Sukma Melaka di Dataran Majlis Bandar Raya Bersejarah, Ayer Keroh.

“Ganjaran ini bertujuan untuk menyuntik semangat atlet Melaka yang telah berjaya mengharumkan nama negeri dan juga negara. Saya berharap barisan atlet muda Melaka yang berjaya pada Sukma lalu, diberi perhatian serta menjalani program latihan yang lebih tersusun agar prestasi mereka terus berkembang,” jelas Idris.


sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0802&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.