Selasa, 2 Ogos 2016

Selasa, Ogos 02, 2016
Gadis Diperkosa Sebelum Dibunuh & Dibakar Di India | Seorang gadis berusia 16 tahun diper-kosa sebelum dibunuh dan mayatnya dibakar dalam kejadian yang berlaku di kediamannya di New Delhi, menurut beberapa laporan semalam.

Gadis Diperkosa Sebelum Dibunuh & Dibakar Di India

Dua suspek dipercayai pernah mengganggu dan menghendap remaja tersebut ditahan berhubung jenayah kejam itu di kawasan Gandhi Nagar, timur New Delhi.

Gadis itu ditemui mati di kediamannya pada Khamis lalu, manakala siasatan awal menyatakan bahawa mangsa mati kerana membunuh diri.

Akhbar tempatan, Hindustan Times melaporkan, bedah siasat bagaimanapun mendapati gadis itu telah diro-gol sebelum dicekik.

Polis percaya mayat mangsa dibakar dalam cubaan untuk menyembunyikan bukti.

Pertubuhan-pertubuhan wanita mengecam pihak berkuasa tempatan dan polis di India kerana gagal membendung jenayah sks susulan serangan kejam terhadap wanita.

Pada hujung minggu lalu, seorang ibu dan anak perempuan remajanya diseret keluar dari kereta mereka dan diro-gol beramai-ramai oleh sekumpulan lelaki dekat New Delhi.

Jenayah dan serangan se-ksual terhadap wanita mendapat tumpuan ramai di India selepas insiden seorang pelajar perempuan diro-gol beramai-ramai dan dibunuh di dalam sebuah bas di New Delhi pada 2012.


sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0802&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.