Isnin, 8 Ogos 2016

Isnin, Ogos 08, 2016
1
Gagal Curi Motor, Geng Samseng Tembak,Tetak & Langgar Pengawal Keselamatan, Penduduk Pangsapuri | Penduduk di pangsapuri Ken Rimba, Seksyen 16 di Shah Alam bimbang mengenai keselamatan mereka apabila sekumpulan lelaki dipercayai daripada kumpulan samseng mengganas, semalam.

Gagal Curi Motor, Geng Samseng Tembak,Tetak & Langgar Pengawal Keselamatan, Penduduk Pangsapuri

Dalam kejadian 3.50 pagi tersebut, kumpulan samseng terlibat menetak dan menembak tiga orang mangsa, termasuk seorang pengawal keselamatan di pangsapuri itu.

Pengawal keselamatan, Mustafa Harun, 53, yang cedera akibat kesan tembakan di pinggang serta tetakan di kepala kini sedang dirawat di zon kritikal salah sebuah hospital di sini.

Gagal Curi Motor, Geng Samseng Tembak,Tetak & Langgar Pengawal Keselamatan, Penduduk Pangsapuri

Selain itu, dua lagi mangsa iaitu Ismail Omar, 66, cedera di kepala akibat terkena tetakan senjata tajam manakala Amirul Ilham, 22, cedera parah di kaki kanan dipercayai akibat dilanggar dengan kereta.

Setakat ini, ketiga-tiga mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kes tersebut adalah kes jenayah dan bukannya disebabkan faktor perkauman.

“Tak ada apa-apa. Ini kes jenayah,” katanya.

Gagal Curi Motor, Geng Samseng Tembak,Tetak & Langgar Pengawal Keselamatan, Penduduk Pangsapuri

Shafien berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 3.50 pagi dan akan mengadakan sidang akhbar berhubung perkara itu esok.

Menurut laporan awal, sekumpulan lelaki samseng itu menetak dan menembak tiga penduduk selepas cubaan salah seorang daripada mereka untuk mencuri motosikal dihalang penduduk kawasan itu.

Gagal Curi Motor, Geng Samseng Tembak,Tetak & Langgar Pengawal Keselamatan, Penduduk Pangsapuri

Selepas gagal mencuri, suspek terbabit datang semula ke pangsapuri itu dengan membawa sekumpulan rakannya sebelum menyerang ketiga-tiga mangsa sehingga menyebabkan kecederaan.

Shafien dalam laporan akhbar hari ini berkata, polis tidak menolak kemungkinan kumpulan suspek terbabit melepaskan dua das tembakan berdasarkan penemuan dua kelongsong peluru di tempat kejadian

Gagal Curi Motor, Geng Samseng Tembak,Tetak & Langgar Pengawal Keselamatan, Penduduk Pangsapuri

Dalam pada itu, katanya, satu pasukan siasatan khas mengenai kejadian itu telah ditubuhkan dan setakat ini dua suspek berusia 20 dan 25 tahun yang berasal dari Klang telah ditahan untuk membantu siasatan.

Kedua-dua suspek terbabit ditahan ketika datang ke Balai Polis Seri Muda semalam untuk membuat laporan.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/samseng-mengganas-di-shah-alam-1.367728


1 comments:

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.