Selasa, 2 Ogos 2016

Selasa, Ogos 02, 2016
Gambar Gadis Payungkan Nenek Jadi Viral | SEKEPING gambar yang memaparkan seorang wanita muslim menggunakan kain tudung untuk menutup kepala seorang nenek berbangsa Cina, demi mengelakkan nenek itu dari dibasahi hujan, mula menjadi buah mulut orang ramai sejak tersebar di media sosial.

Gambar Gadis Payungkan Nenek Jadi Viral

Gambar itu dirakam pada 26 Jun di Singapura, oleh jurukamera TODAY Online yang kemudiannya dikongsikan oleh ramai netizen sehingga membuatkan orang ramai tersalah faham gambar tersebut diambil di Malaysia.

Perkara tersebut lebih menjadi jelas apabila seorang pengguna Facebok, Saiful Bahari Baharom berkongsikan gambar tersebut dengan kepsyen “I love this photo.” di halaman sosialnya.

Lantas netizen tempatan yang tersentuh hati, rata-ratanye meninggalkan komen dengan mengatakan, ” Ini barulah Satu Malaysia“, “Ketika melihat gambar ini rasa nak menangis” , ” Inilah Malaysia yang saya cintai” , ” Inilah semangat orang Malaysia yang sejati” dan sebagainya.

Bagaimanapun, wanita muda yang terdapat dalam gambar itu yang dikenali sebagai Sakinah Tan memberitahu nenek tersebut adalah neneknya dan mereka berdua dalam perjalanan pulang selepas bersarapan bersama.

Di laman facebooknya, Sakinah menjelaskan, “Sebenarnya saya hanya menyayangi nenek saya, dan tidak perlu mengangap saya sebagai wira.

Sambil bergurau, Sakinah turut menyatakan,”Rupa-rupanya tudung juga ada kegunaan lain, termasuk menjadi payung buat nenek saya.”

Sementara itu, Sakinah bersyukur dan terima kasih kepada mereka yang tersentuh hati dengan gambar itu.

Jelasnya, apa yang dilakukannya pada ketika itu semata-mata untuk meringankan beban dan rasa kerinduannya terhadap neneknya, itulah sebab dia teman nenek pergi ke klinik dan bersarapan bersamanya.

“Tanpa disangka-sangkakan, ketika kami sedang meneduh hujan di lobi bangunan, aksi spontan saya dengan nenek telah dirakam oleh jurukamera TODAY Online iaitu Jason Quah.”

Selain itu, ada juga yang berpendapat, sama ada gambar tersebut diambil di Singapura atau pun Malaysia tidak wajar dipertikaikan kerana saat menunjukkan kasih sayang seperti itu adalah positif dan bersemangat muhibah buat semua orang.

Sehingga kini, gambar tersebut menerima lebih daripada 12,000 perkongsian sejak dimuat naik.

sumber
http://www.mynewshub.cc/2016/08/01/gadis-payungkan-nenek-cina-jadi-viral/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.