Isnin, 8 Ogos 2016

Isnin, Ogos 08, 2016
[Gambar] Olimpik 2016, Gimnastik Perancis Patah Kaki | Mimpi ngeri buat atlet gimnastik artistik Perancis, Samir Ait Said apabila mengalami patah kaki kiri sewaktu beraksi dalam acara batang titian lelaki pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik Rio 2016 di Arena Olimpik Rio, Brazil awal pagi semalam.

[Gambar] Olimpik 2016, Gimnastik Perancis Patah Kaki

Kecederaan itu dialami selepas dia gagal melakukan pendaratan kemas hingga menyebabkan tulang tibia dan fibulanya patah, malah bunyi patah tersebut dilaporkan didengari dengan cukup kuat.

[Gambar] Olimpik 2016, Gimnastik Perancis Patah Kaki

“Dia (Samir) memberikan prestasi 200 peratus kerana matlamatnya di sini ialah memenangi pingat buat Perancis. Kecederaan dialaminya nyata amat sukar buat pasukan kami sekarang,” kata ketua pasukan gimnastik Perancis, Corrine Moustard-Callon.

[Gambar] Olimpik 2016, Gimnastik Perancis Patah Kaki

Samir yang merupakan pemenang pingat emas acara gelang roman pada Kejohanan Gimnastik Artistik Eropah 2003 di Moscow, Rusia menerima tepukan gemuruh daripada para penonton ketika diusung keluar ke hospital berdekatan oleh pasukan perubatan bertugas.

[Gambar] Olimpik 2016, Gimnastik Perancis Patah Kaki

Biarpun dalam keperitan, namun atlet berusia 26 tahun itu masih sempat melambai tangan ke arah penonton sebagai tanda terima kasih atas simpati dan semangat yang diberikan oleh mereka terhadapnya.

Sebagai rekod, Samir sebelum ini pernah mengalami kecederaan lebih teruk iaitu patah tulang tibia pada tiga bahagian, menyaksikan dia terlepas peluang untuk beraksi pada Sukan Olimpik London 2012.

[Gambar] Olimpik 2016, Gimnastik Perancis Patah Kaki

Bagaimanapun, Persekutuan Gimnastik Perancis berjanji akan berusaha sedaya upaya memastikan Samir memenangi pingat emas pada temasya seterusnya, Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, Jepun. – Agensi

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0808&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_06.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.