Selasa, 2 Ogos 2016

Selasa, Ogos 02, 2016
Guru Agama Bernafsu Iblis Dipenjara | Seorang guru agama yang didakwa melakukan kelucahan melampau ke atas murid lelakinya yang baru berusia sembilan tahun, menerima balasan apabila Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhi hukuman penjara dua tahun ke atas penjawat awam itu.

Guru Agama Bernafsu Iblis Dipenjara

Hakim Mohd. Yusoff Yunus menjatuhi hukuman tersebut terhadap Nik Hazmi Ghani, 35, yang berasal dari Jalan Tawang dekat sini selepas dia didapati bersalah atas pertuduhan yang dihadapi­nya.

Mengikut pertuduhan, Nik Hazmi didakwa merangsang seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun di sebuah rumah di Kampung Teras, Binjai di sini untuk melakukan suatu perbuatan kelucahan melampau antara pukul 11 malam 30 Oktober 2014 hingga pukul 1 pagi 31 Oktober 2014.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen­ 377E Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 15 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0802&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.