Ahad, 7 Ogos 2016

Ahad, Ogos 07, 2016
Jawapan Perodua Mengenai "Steering Lock" Kereta Axia | Perodua telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai aduan seorang pengguna berkenaan ‘steering lock’ model Perodua Axia yang mengalami kemalangan di Pulau Pinang pada bulan Jun lalu dan tersebar di media sosial dan Whatsapp.

Jawapan Perodua Mengenai "Steering Lock" Kereta Axia

Menurut syarikat itu, satu ujian diagnostik penuh telah dibuat pada kenderaan (Axia E MT) berikutan kemalangan itu, dan keputusan mendedahkan stereng, brek dan beg udara sistem yang berfungsi secara normal.

Perodua juga telah mengemukakan laporan itu kepada pemilik kenderaan tersebut dan bekerjasama sepenuhnya dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk pihak tersebut membuat laporan sebelum sebarang tindakan diambil.

Tambahnya, sehingga kini syarikat itu mengatakan bahawa mereka masih belum menerima sebarang aduan berkaitan perkara ini selepas menjual lebih 200,000 unit Axia sejak September 2014.

Jawapan Perodua Mengenai "Steering Lock" Kereta Axia

"Kami ingin memberi jaminan kepada pelanggan kami bahawa kenderaan kami mematuhi standard keselamatan yang ketat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan melepasi piawaian," kata Dr Zahari Husin, Managing Director Perodua Sales.

Menurut pemandu yang terlibat dalam kemalangan tersebut, kemalangan itu berlaku dalam hujan dan ketika itu dia memandu pada kelajuan di antara 70 hingga 80 km/j di Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Beliau mendakwa stereng kereta Axianya tiba-tiba 'terkunci' dan tidak boleh digerakkan.

Jawapan Perodua Mengenai "Steering Lock" Kereta Axia

Pemandu itu juga mendakwa beliau cuba menekan brek tetapi ia tidak berfungsi, dan tambah malang lagi beg udara juga tidak tidak berfungsi selepas keretanya melanggar penghadang jalan raya.

Dalam laporan Perodua, syarikat itu menegaskan bahawa keempat-empat tayar kereta adalah botak, dengan tiga daripadanya hanya mempunyai 1 mm kedalaman bunga tayar.

Tambahnya sebab beg udara tidak berfungsi dalam kes ini mungkin kerana kesan pelanggaran yang lemah atau kesan kemalangan itu telah diserap oleh struktur badan kereta.



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.