Isnin, 1 Ogos 2016

Isnin, Ogos 01, 2016
Mangsa Tembak Mati Orang Kanan Geng "Satu Hati" | Pemilik syarikat peminjam wang, V. Kandasamy, 43, yang mati terkena 10 daripada 18 tembakan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Ibu Kota, Setapak, dipercayai orang kanan ahli kumpulan kongsi gelap, Geng Satu Hati.

Mangsa Tembak Mati Orang Kanan Geng "Satu Hati"

Difahamkan, polis kini menyiasat kemungkinan mangsa ditembak oleh anggota kongsi gelap yang lain kerana perselisihan faham antara kumpulan itu.

Sementara itu, Ke­tua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh ketika ditanya pemberita mengenai penglibatan mangsa dengan Geng Satu Hati mengesahkan perkara tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lebih lanjut mengenainya.

“Ya, kita boleh sahkan perkara itu,” katanya ketika dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Sehingga kini polis belum melakukan sebarang tangkapan dan motif pembunuhan masih disiasat.

Sementara itu, mengulas kes yang sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya percaya keempat-empat suspek yang terlibat da­lam kejadian masih berada dalam negara dan gerakan memburu mereka sedang dijalankan.

“Kita akan buru kesemua penjenayah ini, mereka tidak akan dapat lari ke mana-mana,” katanya.

Semalam, Kandasamy dibunuh selepas terkena 10 daripada 18 das tembakan dari jarak dekat oleh empat suspek di bahagian kepala, badan dan paha.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.35 petang itu, mangsa yang menetap di Wangsa Maju di sini sedang memberhentikan kereta Honda Accord yang dipandu bersendirian di lorong kanan jalan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Taman Ibu Kota bersebelahan pusat beli-belah Setapak Sentral, Setapak.

Sementara itu, Bernama melaporkan, rakan Kandasamy yang ditemui memberitahu yang mangsa baru dua minggu membeli kereta baru setelah mendapati ada pihak mengekorinya.

Rakan yang enggan dikenali berkata, mangsa yang menjalankan perniagaan peminjam wang sejak kira-kira 10 tahun lepas, sebelum ini menggunakan Toyota Camry.


sumber
http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/mangsa-tembak-orang-kanan-geng-satu-hati-1.363518


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.